Pada 2 hingga 4 Nov 2012, Unit Kokurikulum telah menganjurkan satu program perkhemahan bertempat di SKP8(F). Seramai 66 orang murid daripada tahun 4, 5 dan 6 telah mengikuti program perkhemahan ini.

Antara objektif diadakan perkhemahan ini adalah:
1. untuk memupuk semangat kerjasama dan yakin diri dalam diri peserta.
2. untuk memupuk sikap berdikari dan bertanggung jawab dalam diri peserta.
3. untuk menjalin hubungan baik sesama rakan dan guru di SKP8(F).


Pada tahun ini, para peserta berpeluang untuk berkhemah di kawasan sekolah berbanding dengan tahun lepas peserta tidak dapat berkhemah disebabkan faktor cuaca yang kurang memuaskan.  Namun begitu, peserta perkhemahan berpeluang memasang dan mendirikan khemah dengan jayanya.

Acara penutupan program ini telah disempurnakan oleh guru penolong kanan 1 iaitu Mohd Sharif bin Mansor pada pukul 12.00 tengahari, 5 November 2012.  Beliau telah berbesar hati meluangkan masa dan menyampaikan hadiah-hadiah dan sijil kepada para peserta perkhemahan.

Berikut beberapa rakaman gambar yang berjaya diabadikan sepanjang program ini berlangsung: