Format Karangan Jenis Melengkapkan Cerita


 Kunci basikalku hilang
 

Aku baru selesai menghadiri kelas tambahan. Aku segera mengambil basikalku di tempat letak basikal. Tiba-tiba .....

***   ***   ***   ***   ***

Aku baru selesai menghadiri kelas tambahan. Aku segera mengambil basikalku di tempat letak basikal. Tiba-tiba aku dapati kunci basikal aku hilang. Aku berasa sungguh bimbang.

Aku mencari kunci basikalku di tempat letak basikal. Malangnya kunci basikalku tiada. Jam tangan aku menunjukkan hampir pukul 3.00 petang. Aku berasa sangsat takut.

Aku terus pergi ke pondok telefon yang berhampiran.Mujurlah aku mempunyai wang syiling. Aku menelefon ibuku. Aku memberitahu ibu tentang kehilangan kunci basikalku. Ibuku menyuruhku menunggu di sekolah.

Tidak lama kemudian, ibuku pun datang. Ibu dan aku mengangkat basikal lalu memasukkan ke dalam kereta.

Ibuku membawa aku ke kedai membuat kunci. Ibuku menempah kunci baru untuk basikalku. Selepas beberapa minit, kunci baru siap dipasang. Aku berasa sungguh gembira. Ibuku menasihati aku agar tidak cuai lagi.

Semenjak kejadian itu menimpaku, ibu dan bapaku melarang aku menunggang basikal ke sekolah lagi. Aku dihantar oleh ayah ke sekolah. Aku berasa sungguh sedih kerana tidak dapat berbasikal ke sekolah bersama rakan-rakanku lagi.


Format Karangan Jenis Peribahasa


Biar Lambat Asal Selamat

Peribahasa ‘Biar Lambat Asal Selamat’ membawa maksud sesuatu pekerjaan yang hendak dibuat biarlah dibuat dengan cermat dan berhati-hati supaya pekerjaan itu berhasil dengan baik.

Ada sesetengah orang kurang sabar dalam melakukan sesuatu kerana pelbagai sebab sehingga mereka mengabaikan akibatnya.

Sebagai contoh, seorang pemandu yang memandu kenderaannya dengan laju kerana ingin segera sampai ke destinasi, akhir mengalami kemalangan di jalan raya.

Setelah terjadi kemalangan, pemandu itu tentu menyelasal kerana memandu dengan laju. Ketika itulah dia akan terfikir perkara itu tidak akan terjadi jika dia sabar dan cermat ketika memandu.

Peribahasa di atas adalah satu contoh yang paling baik dalam kehidupan kita seharian. Orang yang selalu mengamalkan peribahasa ini tidak mudah ditimpa bencana dalam setiap tindakan yang dilakukannya, kecualilah jika itu sudah ditakdirkan tuhan. 



Format Karangan Jenis Laporan


Tajuk Laporan   
:  Hendaklah ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata dan digariskan. Tajuk juga boleh ditulis dengan huruf besar. Jika tajuk terlalu panjang, boleh ditulis dalam dua baris.

Isi Laporan              
:  Bermula dengan pendahuluan, dilengkapi dengan beberapa isi dan diakhiri dengan penutup. Isi laporan ditulis dan dikembangkan mengikut perenggan.

Pengakuan Pelapor 
:  Ditulis di sudut kiri selepas perenggan terakhir. Ditandakan dengan koma (,).

Tarikh
: Ditulis di sudut kanan laporan,setentang dengan pengakuan pelapor. Dibubuh noktah (.) di hujungnya.

Tandatangan
: Ditulis di sudut kiri bahagian bawah selepas pengakuan pelapor.

Nama Pelapor        
: Ditulis dengan huruf besar di dalam kurungan selepas tandatangan.

Jawatan Pelapor     
:  Ditulis di sudut kiri bahagian bawah laporan dan dibubuh tanda koma di hujungnya. Seterusnya ditulis nama persatuan yang diwakili.


Contoh Karangan



Temasya Sukan Tahunan
Sek Keb Palong 8 (F) 2012


Pada 27 September yang lalu, kami mengadakan Temasya Sukan Tahunan kali ke-15. Temasya Sukan ini bermula pada pukul 2.00 petang hingga 6.00 petang. Bagi memberkati majlis, Ustaz Zuhdi telah membacakan doa. Selepas itu Guru Besar menyampaikan ucapannya. Beliau menasihati murid-murid agar bersungguh-sungguh mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan.

   Temasya sukan dimulakan dengan acara perbarisan rumah sukan. Selepas itu, acara 100m, 200m, 4x100m, 4x200m, sukaneka, acara padang dan sebagainya diadakan. Saya telah menyertai perbarisan rumah kuning.

  Setelah selesai semua acara yang dipertandingkan, tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu acara penyampaian hadiah kepada para pemenang. Johan keseluruhan ialah rumah biru. Syazwan muncul sebagai olahragawan sementara olahragawati ialah Effa Shahwani. Johan perbarisan ialah rumah biru.

   Semua ibu bapa, guru dan murid-murid di jemput ke kantin untuk menikmati hidangan yang disediakan oleh pihak kantin. Makanan dihidangkan ialah mee goreng dan air mineral.

  Saya berharap agar temasya sukan ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan dengan lebih meriah lagi.

 
Laporan disediakan oleh,                                                                                      1 OKTOBER 2012

......................
(NURUL ATIQAH)
SETIUASAHA
RUMAH KUNING
SEKOLAH KEBANGSAAN PALONG 8 (F)

Format Karangan Jenis Surat Tidak Rasmi

Alamat Pengirim   
:  Hendaklah ditulis di sebelah kanan atas surat.

Tarikh              
:  Ditulis di bawah alamat pengirim; dilangkau satu atau dua baris kosong.

Pembuka Kata
:  Berupa kata-kata pengharapan.

Kata Ganti Diri Penerima
: Ditulis di sudut kiri surat.

Pendahuluan
: Berupa ucapan terima kasih; tujuan surat ditulis.

Perengan/Isi        
: Ditbahagi-bahagikan kepada beberapa perenggan.

Penutup     
:  Ditulis sejajar dengan pembuka kata.

Pengakuan Pengirim dan Tandatangan 
:  diletakkan di sebelah kanan bawah surat

No. 12, Taman Seri Intan,
                                                                                                        73400 Bahau,
                                                                                                         Negeri Sembilan Darul Khusu,

                                                                                                         26 Mac 2012


Menemui sahabatku Amirah yang kini berada di Kedah, semoga dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga. Saya dan keluarga di sini sihat-sihat sahaja.

Sahabatku,
               Apa khabar saudara sekarang? Bagaimana dengan persediaan saudara untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang akan kita hadapi pada bulan Ogos nanti? Untuk pengetahuan saudara, saya telah membuat beberapa persediaan bagi menghadapi peperiksaan tersebut. Antara persediaan yang saya buat ialah mengulang kaji pelajaran dari pukul 8.00 malam hingga pukul 11.00 malam setiap hari.

              Semasa belajar di kelas pula, saya akan menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pengajaran guru. Jika pada masa itu saya kurang faham, saya akan segera bertanya guru supaya saya terus dapat mengikuti pengajarannya.

              Selain itu, ibu bapa saya pula telah menghantar saya belajar ke kelas tambahan sebanyak dua kali seminggu untuk memastikan saya cemerlang dalam pelajaran. Saya amat berterima kasih atas usaha mereka itu. Saya berazam akan belajar bersungguh-sungguh untuk tidak menghampakan harapan kedua-dua ibu bapa saya.

               Di samping itu, saya juga selalu pergi ke perpustakaan sekolah dan Perpustakaan Awam Bahau untuk meminjam buku-buku rujukan. Biasanya saya akan pergi ke Perpustakaan Awam Bahau pada hujung minggu sekiranya ada kelapangan masa. Di situ juga saya boleh berbincang dengan kawan-kawan tentang topik-topik yang agak sukar dan bertukar-tukar nota.

              Itulah antara persediaan saya untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Saya berharap kita akan dapat menjawab soalan dengan mudah dalam peperiksaan itu nanti. Sama-samalah kita berdoa agar mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut dan seterusnya berjaya melanjutkan pelajaran ke salah sebuah sekolah menengah yang terpilih.

              Setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan buat tatapan saudara kali ini. Akhir sekali, sambutlah salam ingatan saya untuk saudara serta keluarga.


                                                                                                             Sahabatmu,

                                                                                                             .............................
                                                                                                             (Siti Rogayah binti Mansor)



Rancangan Pengajaran Harian Kontruktivisme (1)

Tarikh / Hari : 16 April 2012                                       Masa :8.45-9.45

Kelas             :            6 Wira                                     Bil. Murid : 24 Orang

M/Pelajaran   :           Bahasa Malaysia        

Tajuk            :Hari Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Seri Kasih

Fokus Utama (F.U):5.2 Aras 19ii)

Fokus Sampingan (F.S):5.2 Aras 3(ii)

Objektif          :Pada Akhir pengajaran

1.Semua murid akan dapat menjawab lima soalan pemahaman
                           dengan struktur ayat yang betul.

                        2.Murid akan dapat membaca teks petikan dengan lancar dan
                           intonasi yang betul serta dapat menyatakan isi-isi penting yang
                           terdapat dalam teks.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid sudah tahu dan biasa menyambut Hari Anugerah
                                            Cemerlang di sekolah mereka.


Sistem Bahasa

Tatabahasa :  Perkataan sinonim
Kosa Kata   :  Anugerah,tetamu kehormat


Pengisian Kurikulum

Ilmu            :Agama / Moral
Nilai           :Kerajinan , kesyukuran
KBT           :mengumpul maklumat
Kemahiran : membaca intensif, mendengar dengan berkesan.

Langkah/Masa
Isi pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set Induksi
 (5 minit)
-Rakaman suara suasana majlis Hari Anugerah Cemerlang
-Guru memperdengarkan rakaman kepada murid.
-Soal jawab.
-Guru membantu meransang untuk murid mendapat jawapan yang dikehendaki.
-Guru menjelaskan apa yang hendak dipelajari pada hari itu.
-Murid mendengar rakaman yang diperdengar melalui kaset.
-Murid meneka dan menyebut nama majlis/sambutan.
Perkembangan
Langkah 1
(10 minit)
-Membaca petikan
-Guru menyuruh murid membaca petikan dengan suara yang kuat.
-Aktiviti berulang sebanyak 2 kali.
-Guru meminta murid membaca secara bergilir-gilir mengikut perenggan.
-Murid membaca petikan secara kelas.
-Aktiviti berulang
-Murid  membaca secara bergilir-gilir .Murid lain menyemak bacaan rakan.
-Petikan dilampir.
(Lampiran 1)
Langkah 2
(15 minit)
-Soal jawab mengenai petikan.
-Guru bertanya beberapa soalan kepada murid secara lisan untuk menguji pemahaman murid.
-Contoh soalan
a)Bilakah Sekolah Kebangsaan Seri Kasih telah mengadakan Majlis Hari Kecemerlangan?
b)Siapakan yang menerima hadiah utama pada hari itu?
-Guru menyuruh murid berbincang dalam kumpulan mengenai cara menjawab soalan dengan struktur ayat yang betul.
 -Guru menyuruh murid membentangkan hasil dapatan.
-Guru turut menerangkan secara ringkas petikan yang dibaca ialah format laporan.
-Murid menjawab secara kelas dan ringkas.
-Jawapan murid
a) Pada 5Februari.
b)Julia bt.Osman
-Murid berbincang dalam kumpulan mencari jawapan yang betul seperti yang dikehendaki oleh guru.
 -Murid membentangkan hasil perbincangan mereka.
Jawapan yang betul.
a) Sekolah Kebangsaan Seri Kasih telah mengadakan Majlis Hari Kecemerlangan pada 5 Februari .
b)Julia binti Osman yang menerima hadiah utama pada hari itu.
-Murid mendengar.
Langkah 3
(8 minit)
Sisipan tatabahasa
-Guru meminta murid menyebut dan mengeja perkataan yang digarisi dalam petikan.
-Guru meminta murid menyatakan maksud perkataan yang telah di garisi.
-Murid mengeja dan menyebut perkataan secara kelas.
-Murid mencari maksud perkataan dengan merujuk kamus.
-Murid menyataakan maksud perkataan.
Contoh Perkataan.
-merasmikan
-juara
-Mengiktiraf
Langkah 4
(20 minit)
Latihan
-Guru menyuruh murid menjawab soalan pemahaman dan menyalin perkataan sinonim.
-Murid menjawab soalan yang diberi.
-Murid menyalin makna perkataan
-Soalan latihan dilampir.
(Lampiran 2)
Penutup
(2 minit)
-Soal jawab
-Guru meyoal beberapa soalan sebagai mengukuh pemahaman pelajar.
-Guru menyuruh murid menghantar latihan.
-murid menjawab secara kelas.
-Murid menghantar latihan.


Kalender

Masa Itu Emas

Powered by Blogger.

About this blog

Selamat datang ke blog ini. Semoga blog ini dapat memberi pengetahuan dan maklumat berguna kepada semua. Terima kasih.

Profil Diri

Nor Asikin
Nor Asikin binti Mohd Naib No Matrik : D2011 2055576 Sesi : 2011/2012 Kohort : 3 Kursus : Program Pendidikan Sek Ren
View my complete profile

Labels

Followers

Pautan

gambar

gambar

gambar

gambar

gambar

gambar

Bahan Ilmiah

gambar

gambar

gambar

gambar

gambar