Terima kasih kepada En Shamsudin bin Salleh sebagai wakil dari pihak pentadbir yang sudi memberi sedikit pandangan dan komen tentang pembudayaan ICT di SK Palong 8 (F)
Berikut adalah antara koleksi soalan UPSR Bahasa Malaysia yang boleh dijadikan rujukan:
banksoalanupsr.blogspot.com
gudangsoalan.blogspot.com
Format Karangan Jenis Melengkapkan Cerita
Kunci basikalku hilang
Aku baru selesai menghadiri kelas tambahan. Aku segera
mengambil basikalku di tempat letak basikal. Tiba-tiba .....
***
*** *** *** ***
Aku baru selesai menghadiri kelas tambahan. Aku segera mengambil basikalku di tempat letak basikal. Tiba-tiba aku dapati kunci basikal aku hilang. Aku berasa sungguh bimbang.
Aku mencari kunci basikalku di tempat letak basikal. Malangnya kunci basikalku tiada. Jam tangan aku menunjukkan hampir pukul 3.00 petang. Aku berasa sangsat takut.
Aku terus pergi ke pondok telefon yang berhampiran.Mujurlah aku mempunyai wang syiling. Aku menelefon ibuku. Aku memberitahu ibu tentang kehilangan kunci basikalku. Ibuku menyuruhku menunggu di sekolah.
Tidak lama kemudian, ibuku pun datang. Ibu dan aku mengangkat basikal lalu memasukkan ke dalam kereta.
Ibuku membawa aku ke kedai membuat kunci. Ibuku menempah kunci baru untuk basikalku. Selepas beberapa minit, kunci baru siap dipasang. Aku berasa sungguh gembira. Ibuku menasihati aku agar tidak cuai lagi.
Semenjak kejadian itu menimpaku, ibu dan bapaku melarang aku menunggang basikal ke sekolah lagi. Aku dihantar oleh ayah ke sekolah. Aku berasa sungguh sedih kerana tidak dapat berbasikal ke sekolah bersama rakan-rakanku lagi.
Format Karangan Jenis Peribahasa
Biar
Lambat Asal Selamat
Peribahasa ‘Biar Lambat Asal
Selamat’ membawa maksud sesuatu pekerjaan yang hendak dibuat biarlah dibuat
dengan cermat dan berhati-hati supaya pekerjaan itu berhasil dengan baik.
Ada sesetengah orang kurang sabar
dalam melakukan sesuatu kerana pelbagai sebab sehingga mereka mengabaikan
akibatnya.
Sebagai contoh, seorang pemandu yang
memandu kenderaannya dengan laju kerana ingin segera sampai ke destinasi, akhir
mengalami kemalangan di jalan raya.
Setelah terjadi kemalangan, pemandu itu tentu menyelasal kerana memandu dengan laju. Ketika itulah dia akan terfikir perkara itu tidak akan terjadi jika dia sabar dan cermat ketika memandu.
Peribahasa di atas adalah satu contoh yang paling baik dalam kehidupan kita seharian. Orang yang selalu mengamalkan peribahasa ini tidak mudah ditimpa bencana dalam setiap tindakan yang dilakukannya, kecualilah jika itu sudah ditakdirkan tuhan.
Format Karangan Jenis Laporan
Tajuk Laporan
|
: Hendaklah ditulis dengan huruf
besar pada setiap awal kata dan digariskan. Tajuk juga boleh ditulis dengan
huruf besar. Jika tajuk terlalu panjang, boleh ditulis dalam dua baris.
|
Isi Laporan
|
: Bermula dengan pendahuluan, dilengkapi
dengan beberapa isi dan diakhiri
dengan penutup. Isi laporan ditulis dan dikembangkan mengikut perenggan.
|
Pengakuan
Pelapor
|
: Ditulis di sudut
kiri selepas perenggan terakhir. Ditandakan dengan koma (,).
|
Tarikh
|
: Ditulis di sudut kanan laporan,setentang dengan
pengakuan pelapor. Dibubuh noktah (.) di hujungnya.
|
Tandatangan
|
: Ditulis di sudut kiri bahagian bawah selepas pengakuan
pelapor.
|
Nama Pelapor
|
: Ditulis dengan huruf besar di dalam kurungan selepas
tandatangan.
|
Jawatan
Pelapor
|
: Ditulis di sudut
kiri bahagian bawah laporan dan dibubuh tanda koma di hujungnya. Seterusnya
ditulis nama persatuan yang diwakili.
|
Contoh Karangan
Temasya Sukan Tahunan
Sek Keb Palong 8 (F) 2012
Sek Keb Palong 8 (F) 2012
Pada 27 September yang lalu, kami mengadakan Temasya Sukan Tahunan kali ke-15. Temasya Sukan ini bermula pada pukul 2.00 petang hingga 6.00 petang. Bagi memberkati majlis, Ustaz Zuhdi telah membacakan doa. Selepas itu Guru Besar menyampaikan ucapannya. Beliau menasihati murid-murid agar bersungguh-sungguh mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan.
Temasya
sukan dimulakan dengan acara perbarisan rumah sukan. Selepas itu, acara 100m, 200m,
4x100m, 4x200m, sukaneka, acara padang dan sebagainya diadakan. Saya telah
menyertai perbarisan rumah kuning.
Setelah
selesai semua acara yang dipertandingkan, tibalah masa yang ditunggu-tunggu
iaitu acara penyampaian hadiah kepada para pemenang. Johan keseluruhan ialah
rumah biru. Syazwan muncul sebagai olahragawan sementara olahragawati ialah Effa
Shahwani. Johan perbarisan ialah rumah biru.
Semua ibu bapa, guru dan murid-murid di jemput ke kantin untuk menikmati hidangan yang disediakan oleh pihak kantin. Makanan dihidangkan ialah mee goreng dan air mineral.
Semua ibu bapa, guru dan murid-murid di jemput ke kantin untuk menikmati hidangan yang disediakan oleh pihak kantin. Makanan dihidangkan ialah mee goreng dan air mineral.
Saya
berharap agar temasya sukan ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan dengan
lebih meriah lagi.
Laporan disediakan oleh,
1 OKTOBER 2012
......................
(NURUL ATIQAH)
SETIUASAHA
RUMAH KUNING
SEKOLAH KEBANGSAAN PALONG 8 (F)
RUMAH KUNING
Format Karangan Jenis Surat Tidak Rasmi
Alamat
Pengirim
|
: Hendaklah ditulis di sebelah
kanan atas surat.
|
Tarikh
|
: Ditulis di bawah alamat pengirim; dilangkau
satu atau dua baris kosong.
|
Pembuka Kata
|
: Berupa kata-kata
pengharapan.
|
Kata Ganti
Diri Penerima
|
: Ditulis di sudut kiri surat.
|
Pendahuluan
|
: Berupa ucapan terima kasih; tujuan surat ditulis.
|
Perengan/Isi
|
: Ditbahagi-bahagikan kepada beberapa perenggan.
|
Penutup
|
: Ditulis sejajar
dengan pembuka kata.
|
Pengakuan
Pengirim dan Tandatangan
|
: diletakkan di
sebelah kanan bawah surat
|
No. 12, Taman Seri Intan,
73400 Bahau,
Negeri Sembilan Darul Khusu,
26 Mac 2012
Menemui sahabatku Amirah yang kini berada di Kedah, semoga dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga. Saya dan keluarga di sini sihat-sihat sahaja.
Sahabatku,
Apa khabar saudara sekarang? Bagaimana dengan persediaan saudara untuk menghadapi peperiksaan UPSR yang akan kita hadapi pada bulan Ogos nanti? Untuk pengetahuan saudara, saya telah membuat beberapa persediaan bagi menghadapi peperiksaan tersebut. Antara persediaan yang saya buat ialah mengulang kaji pelajaran dari pukul 8.00 malam hingga pukul 11.00 malam setiap hari.
Semasa belajar di kelas pula, saya akan menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pengajaran guru. Jika pada masa itu saya kurang faham, saya akan segera bertanya guru supaya saya terus dapat mengikuti pengajarannya.
Selain itu, ibu bapa saya pula telah menghantar saya belajar ke kelas tambahan sebanyak dua kali seminggu untuk memastikan saya cemerlang dalam pelajaran. Saya amat berterima kasih atas usaha mereka itu. Saya berazam akan belajar bersungguh-sungguh untuk tidak menghampakan harapan kedua-dua ibu bapa saya.
Di samping itu, saya juga selalu pergi ke perpustakaan sekolah dan Perpustakaan Awam Bahau untuk meminjam buku-buku rujukan. Biasanya saya akan pergi ke Perpustakaan Awam Bahau pada hujung minggu sekiranya ada kelapangan masa. Di situ juga saya boleh berbincang dengan kawan-kawan tentang topik-topik yang agak sukar dan bertukar-tukar nota.
Itulah antara persediaan saya untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Saya berharap kita akan dapat menjawab soalan dengan mudah dalam peperiksaan itu nanti. Sama-samalah kita berdoa agar mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut dan seterusnya berjaya melanjutkan pelajaran ke salah sebuah sekolah menengah yang terpilih.
Setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan buat tatapan saudara kali ini. Akhir sekali, sambutlah salam ingatan saya untuk saudara serta keluarga.
Sahabatmu,
.............................
(Siti Rogayah binti Mansor)