Tanpa disangka, kita sudah sampai ke minggu akhir persekolahan. Bagi murid-murid, mungkin minggu yang mengembirakan mereka sebab dapat berehat panjang dan bermain sepuas-puasnya semasa cuti sekolah. Tapi bagi cikgu-cikgi?  Persiapan Hari Anugerah, mesyuarat guru,  mengemaskini data pencapaian murid tahun ini dan merangka kerja untuk murid tahun hadapan. Sudah pastinya banyak tugasan yang perlu dibereskan dalam jangka masa yang tidak sampai 1 minggu lagi.

Dalam kesibukan membereskan kerja-kerja yang masih bersisa, debaran guru dan murid tahun 6 menunggu tibanya keputusan UPSR sememangnya tidak dapat dinafikan. Berjayakah anak didik yangkita pimpin tangannya selama berada di alam persekolahan rendah ini? Akan gembirakah kita? Atau akan kecewakah kita? Sama-samalah kita nantikan.....